Dengan menggunakan website dan servis kami, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan di bawah.
Servis Yang Disediakan
Kami menyediakan servis berkaitan pembangunan website seperti:
- Landing Page
- Company Profile Website
- E-Commerce Website
- Website Design
- Website Maintenance
- Custom Website Request
Setiap projek akan dibangunkan berdasarkan pakej atau persetujuan bersama antara pelanggan dan pihak kami.
Terma Payment Gateway
Bagi website yang memerlukan sistem pembayaran online, pelanggan perlu mempunyai akaun ToyyibPay sendiri untuk tujuan penerimaan bayaran. Kami boleh membantu proses pendaftaran dan pemasangan payment gateway pada website, namun pelanggan perlu menyediakan maklumat serta dokumen yang diperlukan untuk tujuan verifikasi akaun oleh pihak ToyyibPay.
Pembayaran
Pelanggan perlu membuat pembayaran seperti yang dipersetujui sebelum projek dimulakan.
- Deposit mungkin diperlukan sebelum kerja dimulakan
- Baki pembayaran perlu diselesaikan sebelum website diserahkan sepenuhnya
- Kegagalan membuat pembayaran boleh menyebabkan projek ditangguhkan
Segala pembayaran yang telah dibuat adalah tidak boleh dipulangkan kecuali atas persetujuan pihak kami.
Tempoh Siap Projek
Tempoh menyiapkan website bergantung kepada jenis projek, perubahan yang diminta serta kerjasama daripada pelanggan.
Sebarang kelewatan memberikan bahan seperti logo, gambar, teks atau maklumat boleh mempengaruhi tempoh siap projek.
Revisi dan Perubahan
Pelanggan berhak membuat revisi berdasarkan pakej yang dipilih.
Perubahan tambahan di luar skop asal projek mungkin dikenakan caj tambahan bergantung kepada jenis perubahan yang diminta.
Kandungan Website
Pelanggan bertanggungjawab memastikan semua kandungan yang diberikan seperti gambar, logo, teks atau video adalah milik sendiri atau mempunyai kebenaran untuk digunakan.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pelanggaran hak cipta daripada bahan yang diberikan oleh pelanggan.
Domain dan Hosting
Sekiranya pelanggan menggunakan domain atau hosting sendiri, pelanggan bertanggungjawab memastikan akses dan pembayaran hosting/domain sentiasa aktif.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap masalah yang berpunca daripada pihak hosting atau domain provider.
Sokongan dan Maintenance
Sokongan asas mungkin diberikan selepas website siap bergantung kepada pakej yang dipilih.
Sebarang kemaskini, penambahan fungsi atau perubahan besar selepas projek siap mungkin dikenakan caj tambahan.
Larangan Penggunaan
Pelanggan tidak dibenarkan menggunakan website untuk aktiviti yang melanggar undang-undang, penipuan, penyebaran kandungan berbahaya atau aktiviti yang boleh merosakkan pihak lain.
Kami berhak menolak atau menghentikan servis sekiranya berlaku penyalahgunaan.
Perubahan Terma
Kami berhak untuk mengubah atau mengemaskini Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.
Persetujuan
Dengan menggunakan website atau servis kami, anda dianggap bersetuju dengan semua terma dan syarat yang telah ditetapkan.